Aku pekerja

11:59 AM Sharizal Fadlie 0 Comments

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,


Buka je internet, gambar di atas muncul kat Google. Hover mouse atas gambar, baru tau, hari pekerja rupanya... Hmm... Dah lapan tahun padlie bergelar pekerja.. Kejap je rasanya.. Tak sedar lak diri ni makin tua matang... huhuhu...

Tiga belas tahun lalu. Beberapa bulan sebelum SPM.. Masa ni sibuk duk menghitung hari, berapa lama je lagi nak pakai uniform sekolah ni.. Dah jemu gila gi sekolah.. Sibuk duk pikir nak masuk U mana, ambik kursus apa, pastu kerja... Takmo duk sekolah dah...

Lapan tahun yang lalu. Awal tahun 2004. Tak sabar nak habiskan semester akhir ni.. Masa ni dah isi borang SPA,  mintak jawatan Pegawai Sistem Maklumat.. Dalam kepala duk fikir pasal kerja je.. Cepat la habis belajar, taknak dah ambil exam, baca buku semua ni.. Takmo dah ngadap lecturer..



Lapan tahun yang lalu juga. Hujung tahun 2004. Dah masuk dua semester mengajar kat U ni.. Dah la tu, mengajar junior sendiri lak tu.. Memang ramai la geng.. Lagi best bila dah ada income sendiri. Yang tak bestnya, bila student cuti, padlie tetap kena gi kerja.. Bestnyeee jadi student..

Sekarang ni, duk cari peluang nak jadi student semula.. Dulu masa study, gatal nak kerja. Bila dah kerja, nak jadi student balik pulak.... Rindu dengan cuti semester yang panjang tu.. Bila kerja ni, dah tak ada cuti panjang. Mujur la ada cuti umum macam Hari Pekerja ni.. Tapi korang yang student pun cuti jugak kan??? Tak aci ;p

Ciao

p/s Selamat Hari Pekerja!!!