Harry Potter punya pasal..

4:52 PM Sharizal Fadlie 0 Comments

Kelmarin padlie kongsi mengenai kursus padlie yang telah berakhir. Tulis sikit je dan letak sekeping gambar sebab agak letih. Hari padlie menamatkan satu lagi kisah yang bermula kira-kira sepuluh tahun yang lalu. Apalagi kalau bukan Harry Potter. Padlie dah tempah tiket sejak seminggu yang lalu. Nak bayar pun cukup mencabar. Guna kad kredit ada error, guna M-Cash ada error jugak dan nasib baik padlie ada akaun Pay-Pal.. Berjaya akhirnya..

Tayangan pukul 11 pagi, pukul 9.15 baru keluar dari rumah. Perjalanan kalau tak jem, 45 minit je.. Elok je sampai kat AEON Bukit Tinggi tu, Angah tanya, "Mana beg abang?" Rupanya padlie tertinggal beg doraemon padlie... Takde beg tu maknanya padlie takde sebarang pengenalan diri, takde duit, takde kad kredit, takde kad bank dan juga takde telefon.. Memang takde beza padlie dengan pendatang tanpa izin.. Nak balik ambil, jauh.. Tawakal je la..

Nasib baik beli tiket guna Pay-Pal, jadi masa ambil tiket dia tak minta tengok kad kredit. Rupanya itu hikmah error yang berlaku minggu lepas.. Satu lagi yang tak best, cermin mata 3D padlie agak kotor. Nak lap tak boleh.. Tisu pun dalam beg doraemon, jadi padlie terima seadanya la.. Siapa yang suruh cuai kan...


Ok, nak cerita pasal Harry Potter pulak.. Ni merupakan filem terakhir dalam siri Harry Potter. Kalau dulu Harry, Ron dan Hermione kecik je macam gambar kat atas, sekarang diorang dah remaja pun macam gambar kat bawah..


Cerita kali ni mengisahkan bagaimana Harry and the Gang mencari dan memusnahkan Hocrux yang dicipta Lord Voldermont. Ada lagi empat Hocrux yang perlu dimusnahkan. Untuk tujuan itu, mereka menceroboh masuk ke bank Gringgots dan Istana Hogwarts. Dalam pertempuran di Hogwarts beberapa orang watak utama terbunuh. Walaupun padlie dah tahu jalan cerita dia berdasarkan buku, tapi filem ni masih mampu membawa elemen sedih ke dalam perasaan padlie ketika tu.


Voldermont pun dalam misi dia untuk membunuh Harry, sanggup berusaha keras untuk mencari Elder Wand, tongkat sakti terulung. Sesiapa yang memiliki tongkat tersebut adalah ahli sihir yang tidak boleh dikalahkan. Voldermont sanggup menceroboh kubur Dumbledore dan membunuh pengikut setianya semata-mata mahu menguasai Elder Wand. Tapi berjayakah dia mencapai hasratnya?

Dalam filem kali ini turut diselitkan beberapa adegan atau dialog yang melucukan. Agak berlainan dengan part 1 sebelum ni. Aksi khas pun dibuat dengan baik dan tak mengganggu pemahaman padlie. Mengapa anak Harry dinamakan Albus Severus Potter turut diceritakan dengan baik. Cuma kisah anak Remus Lupin je hilang dalam filem ni.. 

Secara keseluruhannya, penutup siri Harry Potter ni memuaskan hati padlie. Memang besh.. Ok la, nak layan Malaysia vs Liverpool pulak. 

Ciao.