Berakhirnya riwayat bumi

9:04 PM Sharizal Fadlie 14 Comments



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, dengan rahmat dan kemudahan yang dikurniakan-Nya, kita berkesempatan untuk bersama berkongsi idea dan ilmu dalam blog ni. Cuaca kat rumah padlie ni agak tidak baik, dah dua kali black out. Awan mendung memayungi bumi dari langit yang terbentang luas. Matahari petang memancarkan cahaya kemerahan seolah-olah marahkan manusia yang rakus merosakkan bumi ini. Angin pula bertiup kencang seperti mahu meranapkan segala yang menghalangnya.

Ni waktu taip entry petang tadi. Sekarang Alhamdulillah dah ok.

Keratan akhbar diatas (klik untuk baca) merupakan keratan Berita Minggu semalam. Nasib baik padlie ada pustakawan yang efektif, so takyah beli paper. Semuanya di scan. Jimat.. Memang jimat..

Ceritanya berkenaan Near Earth Object (NEO) yang bakal melanggar Bumi.. Apophis, itulah namanya.. Saper pernah tengok cerita Star Gate, mesti familiar dengan nama ni.

Padlie tahu berkenaan Apophis ni tahun 2007. Masa tu orang tak kecoh lagi berkenaan bencana 2012 lagi pun.. Rupanya, kat Malaysia, baru tahun ni keluar paper..


Apophis ni orbit dia dekat dengan bumi (Sila lihat gambar di atas). Tahun 2013 ni dia akan lalu berhampiran bumi. Masa tu saintis akan gunakan untuk kaji peratusan dan kesan pelanggaran asteroid ni dengan bumi. Saiz asteroid ni lebih kurang 270 meter, tapi dijangka separuh permukaan bumi akan musnah bila berlanggar. Malaysia akan ditenggelami tsunami gergasi. Gambar kat bawah ni adalah kawasan kemungkinan asteroid tu jatuh.


Awalnya dikatakan ia akan melanggari bumi pada 2029. Namun, setelah perkiraan dibuat, ia hanya near miss.. Sedikit tersasar. Perkiraan semula mengesahkan kemungkinan pelanggaran pada April 2036 dengan kebarangkalian 1 dalam 250,000. Tetapi dua tahun lepas, seorang budak German berusia 13 tahun mengatakan NASA tersilap kira kerana tidak mengambil kira kewujudan 40,000 satelit kita di angkasa yang mungkin memesongkan Apophis ke bumi. Terer tak budak tu? hehehe

Semua pihak sedang berusaha untuk menangkis Apophis daripada jatuh ke bumi. Kita tak mahu kepupusan penghuni bumi buat kali kedua selepas dinosaur. Antara yang dikaji adalah pemesongan orbit menggunakan cahaya matahari.. .......

Adeh lenguh la menaip.. Nak kedekut ilmu la pulak... ;p
Stop dulu.. Korang jangan risau, kat Malaysia pun ada pemantauan NEO ni... Baca paper kat atas tu yer..

Ciao

14 comments:

  1. adoi,bace tapi tak paham
    paham sikit-sikit je
    kene ulang bace balik nie :P


    em,sekunk pun dah macam-macam berlaku

    ReplyDelete
  2. @bun Ringkasan: Asteroid nk jatuh ke bumi 2036.. tu je.. hehe maklumat padlie bg padat sgt kot..

    ReplyDelete
  3. 2036 eh???

    masih bernyawa lg ke kite di waktu itu???huhu

    ReplyDelete
  4. adehh..pening...tak tahu sangat

    ReplyDelete
  5. hurm..rase cam nak bermunajat je bace entry ko ni..eheh

    ReplyDelete
  6. hurm..rase cam nak bermunajat je bace entry ko ni..eheh

    ReplyDelete
  7. @JP Nurul Wallahualam.. Kalau ikut plan, padlie belum pencen time tu..

    @cik ayin hehehe serap yg mana boleh..

    @JIJI YU sila2.. jangan segan silu

    ReplyDelete
  8. 2036? lagi bape tahun tu padlie? 25 thn? akk ni ntah ada lagi ntah idak... anw, good info.. tapi yg 2013 tu, ada tsunami? uiiihhh... bahaya tu, kena jaga2...

    ReplyDelete
  9. info yang sangat menarik!
    da la saya suke astronomi2 ni..hehe..

    hebat kan teknologi sekarang, da boleh ramal yang berpuluh2 tahun akan datang..

    namun semuanya atas kehendak Allah jua...:)

    ReplyDelete
  10. macam tanda2 nak kiamat jee...

    ReplyDelete
  11. hahaha :P saya ade bce gak..
    mmg sronok bce..
    tak silap dorang nk gune laser kot nak elak asteroid tu

    ReplyDelete
  12. @ArMie Lama lagi kak, kita tak tau apa akan jadi masa tu. Tetapi sebagai manusia, kita kena juga belajar untuk mempertahankan diri dari ancaman yang wujud.

    @Sunah Mohammad Betul tu. Allah yang Maha menentukan sgalanya

    @Shafiq Terima kasih

    @Cikgu CTE Kalau nak kira tanda2 kiamat, dah banyak ada sekarang ni..

    @mia.lia Ye betul, diorang plan nak pesongkan orbit Apophis menggunakan pancaran matahari yang ditumpukan.

    ReplyDelete
  13. suka baca pasal entry2 cam ni...thanks sharing...;)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi mencoretkan sesuatu :)