Sistem Pertahanan Tubuh Manusia: Sel Darah Putih

Assalamualaikum w.b.t.

Cikgu Padlie kembali lagi. Kali ni kita akan belajar mengenai sistem pertahanan tubuh manusia. Kita tahu bahawa tubuh kita mempunyai cara untuk menewaskan musuh yang ingin "menjajah" badan kita. Walaubagaimanapun, tak ramai yang tahu bagaimana bala tentera dalam badan kita bekerja. Bala tentera ni terdiri daripada pelbagai jenis sel darah putih.

Setiap sel darah putih bertindak kepada musuh yang berbeza. Sama macam Angkatan Tentera Malaysia, ada tentera darat, laut dan udara. Fungsi berbeza tapi matlamatnya sama. Apabila musuh menyerang, maka badan kita akan menghasilkan banyak sel darah putih yang boleh melawan musuh berkenaan. Sebab tu doktor boleh tahu kita kena jangkitan apa bila melihat kuantiti sel darah putih yang ada dalam darah kita.

Satu contoh adalah Eosinophils yang bertambah banyak bila kita dijangkiti cacing. Macam mana mereka bekerja? Jom tengok video ni. Eosinophils memusnahkan larva cacing Caenorhabditis elegans dalam masa 80 minit. Mereka meleraikan larva berkenaan dengan enzim pencernaan mereka.

Sumber: http://jem.rupress.org/content/early/2014/05/27/jem.20132336/suppl/DC1

Video kedua pula menunjukkan sel darah putih mengejar bakteria Staphylococcus aureus di celah-celah sel darah merah.


 Sumber:David Rogers, Vanderbilt University

Menarik tak? Lagi menarik bila ia berlaku di badan kita tanpa kita sedari. Ok, itu sahaja kelas untuk hari ini.
 
Ciao

Cuti Belajar dalam Kerajaan Part 1


Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni Padlie nak kongsi berkenaan satu kemudahan dalam perhidmatan awam iaitu cuti belajar. Cuti belajar ni diberi kepada semua penjawat awam tanpa mengira gred. Maksudnya di sini, sesiapa pun boleh memohon untuk cuti belajar setelah memenuhi syarat yang ditetapkan.

Ada syarat pulak ye? Mesti la ada... Nak makan pun ada syarat, inikan pula cuti belajar. Syaratnya ialah
  • Perkhidmatan tetap bukan kontrak
  • Disahkan dalam skim perkhidmatan
  • Markah LNPT mesti 85 ke atas tiga tahun berturut-turut
  • Mendapat kelulusan Panel Pembangunan Sumber Manusia (Untuk jawatan Padlie ia diperingkat jabatan, tetapi untuk gunasama ia berlainan)
  • Berumur kurang 46 tahun untuk peringkat Sarjana dan kurang 44 bagi Doktor Falsafah
  • Bebas daripada kesalahan tatatertib dan bukan peminjam tegar
  • Yang paling penting, dah ada surat tawaran universiti.

Ok tu syarat dia. Apa jenis cuti belajar yang ditawarkan? Ada tiga iaitu
  • Cuti belajar bergaji penuh (CBBP)
  • Cuti belajar separuh gaji (CBSG)
  • Cuti belajar tanpa gaji (CBTG)

CBBP ni ditawarkan kepada pegawai yang melanjutkan pelajaran di peringkat pasca siswazah (Sarjana dan PhD). Manakala CBSG dan CBTG diberi untuk peringkat sijil, diploma dan ijazah (pertama atau lanjutan).

Ok, cukup dulu untuk part 1. Next part padlie akan cerita lebih lanjut tentang CBBP. Padlie cerita ringkas sebab kalau detail, post ni jadi pekeliling kerajaan pulak. Tak ke haru huhu.

Ciao.

 

Kerana air, tandas meletup!!!

Assalamualaikum w.b.t.

Air penting dalam kehidupan harian kita. Lebih 65% badan kita terditi daripada air dan 71% permukaan bumi dilitupi air. Ketika kemarau kita akan menghargai air tetapi ketika bah kita menangis disebabkan air. Setuju tak?

Air adalah pelarut universal di mana ia dapat membantu kita membasuh kotoran. Selain itu, dengan meningkatkan tekanan air, kita dapat menanggalkan kotoran tanpa perlu memberus. Air bertekanan tinggi juga berupaya untuk membersihkan kotoran yang tersumbat dalam longkang atau lubang.

Alkisahnya di New York, Michel Pierre nak periksa tandas dia ok ke tak selepas diselenggara. Sebaik sahaja dia flush toilet tu, boooom........

Itu lah kuasa tekanan air. Dasyat tak? Lepas ni jangan nak kata, "Air je... Habis teruk pun basah je..."

Ok, itu je perkongsian hari ini. Nak tahu kisah dasyat lain, klik SINI

Ciao



JANGAN Guna Sabun Anti-Bakteria

Assalamualaikum w.b.t.

Pernah tak guna sabun anti-bakteria? Bagi Padlie, sabun anti-bakteria ni mesti lebih bagus dari sabun biasa. Mestilah Padlie pilih sebab persekitaran kita ni dikelilingi oleh "makhluk halus" pembawa penyakit.


Tapi tadi Padlie terbaca satu kajian oleh penyelidik di Korea Selatan yang merumuskan bahawa Sabun anti-bakteria tiada kesan yang jelas ke atas bakteria berbanding sabun biasa!!!

Tahukah tuan-tuan dan puan-puan bahawa sabun anti-bakteria mengandungi triclosan? Kepekatan triclosan yang dibenarkan oleh undang-undang antarabangsa adalah 0.3%. Berdasarkan kajian tersebut, bakteria di badan kita akan mati setelah direndam dalam sabun dengan kepekatan triclosan 0.3% selama lebih 9 jam! Kalau macam ni, kita kena tidur dalam sabun la jawabnya.

Lebih mengejutkan, satu lagi kajian mengatakan triclosan berpotensi untuk menyebabkan kanser!!!

Tuan puan boleh baca hasil kajian di link yang padlie boldkan diatas. Pilihan ditangan kita untuk percaya atau tidak.

Ciao


Mayat dibawah pokok

Assalamualaikum w.b.t.

Beberapa tahun lepas, di depan rumah padlie ada pokok mangga tua. Yang peliknya, pokok ni berada di tengah jalan. Jalan dibina dengan mengelak pokok ini. Disebabkan usianya dan saiznya yang besar, ia kelihatan menggerunkan. Lebih lagi di waktu malam. Jadi macam-macam cerita misteri pasal pokok ni digossipkan.

Pada suatu hari, sewaktu hujan gerimis pokok ni tumbang ke arah rumah padlie. Alhamdulillah, rumah tak ada apa-apa kecuali sekeping atap porch tercabut akibat dilibas ranting. Bila dah tumbang baru kita tahu, bawah akar pokok tu dipenuhi ulat tak tau apa spesis. Oleh kerana ulat-ulat ni berbufet kat situ, maka akarnya melemah..

Dengan tumbangnya pokok ni, berakhir la kisah pokok tua misteri ni.

Berlainan pula cerita di Collooney, Sligo, Ireland. Sebatang pokok berusia 215 tahun tumbang dalam ribut. Akarnya terbongkah naik. Nak tahu apa ada dibawahnya? Ada rangka manusia.


Foto: Marion Dowd

Foto: Thorsten Kahlert

Berdasarkan kajian, ia merupakan rangka seorang lelaki berusia 17-20 tahun. Ia telah ditanam kira-kira 1030-1200 Sebelum Masihi. Rangka ni mengalami beberapa kecederaan oleh senjata tajam, mungkin akibat perang atau pergaduhan. Gambar (atas) menunjukkan bahagian atas rangka yang terlekat di akar pokok. Gambar (bawah) menunjukkan bahagian kaki yang kekal di tanah.

Ok itu je perkongsian hari ini.

Ciao.